Tular Pensyarah Di Kuching Selesaikan Soalan Pelajar, Jawapannya Buat Ramai Rasa Tersentuh

15 May 2024 • 10:11 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jawapan yang menyentuh hati pensyarah di Politeknik Kuching

Tular Pensyarah Di Kuching Selesaikan Soalan Pelajar, Jawapannya Buat Ramai Rasa Tersentuh. Satu hantaran tular di media sosial menunjukkan seorang pensyarah menyelesaikan soalan yang diberikan oleh pelajarnya semasa di dalam kelas.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, selepas pensyarah itu menulis jawapan di akhir penyelesaiannya, kesemua pelajar di dalam kelas mengucapkan ‘We love you’ kepadanya.

image is not available
Tular Pensyarah Di Kuching Selesaikan Soalan Pelajar, Jawapannya Buat Ramai Rasa Tersentuh

Ramai yang tersentuh dengan penyelesaian tersebut

Dipercayai kejadian ini berlaku di Politeknik Kuching. Bagaimanapun, menjengah ke ruanga komen pula, rata-rata netizen tersentuh dengan soalan yang diberikan oleh pelajar kepada pensyarah tersebut.

Selain itu, sesetengah netizen turut menyatakan bahawa pensyarah itu kelihatan hampir menangis selepas menyelesaikan soalan yang menyentuh perasaan itu.

@delayney_33

End the class with the most memorable moments

♬ original sound – Huda school

Malah, ada juga yang berseloroh dengan mengatakan bayangkan jika pensyarah itu memberikan jawapan yang salah.