Tular Penunggang Motosikal Ingin Guna Laluan Tol Dihalang Pemandu Hilux [Video]

Cars
18 Jan 2023 • 5:20 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Umum mengetahui, bayaran tol di lebuh raya hanya akan dikenakan kepada kenderaan seperti kereta, bas, van, dan lori sahaja.

Manakala kenderaan bertayar dua seperti motosikal pula mempunyai laluan yang berasingan dan dikelucualikan dari sebarang pembayaran.

Penunggang motosikal nak guna laluan tol

Bagaimanapun, semalam tular satu rakaman memaparkan beberapa penunggang motosikal yang ingin menggunakan laluan tol kenderaan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @zulchay3840, kelihatan tiga orang penunggang motosikal sedang berada di hadapan palang tol sambil menunggu palang itu terbuka.

Pemandu Hilux taknak sentuh kad, buka palang

Namun pemandu kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang berada di laluan tersebut tidak mahu menyentuh kad Touch n’ Go miliknya untuk membuka palang tol tersebut.

Pada video sama, kelihatan pemandu kereta itu dan salah seorang penunggang motosikal yang sedang berada di sebelah sedang berbual sesuatu yang tidak diketahui.

Kemunkinan, pemandu tersebut mengarahkan penunggang motosikal terbabit untuk berpatah balik dan menggunakan laluan motosikal yang telah disediakan.

Tindakan penunggang motosikal boleh menyusahkan pemandu kereta

Tindakan yang cuba dilakukan oleh penunggang motosikal terbabit boleh menimbulkan kesulitan kepada pemandu kereta.

Hal ini kerana kemungkinan ‘sensor’ yang ada di palang mengesan pergerakan motosikal dan menutup palang tol itu sebelum kereta tersebut sempat melaluinya.

Kemungkinan ada sekatan jalan raya di laluan motosikal

Menurut netizen, kemungkinan penunggang motosikal itu terdesak untuk menggunakan laluan tol kerana ingin mengelak daripada melalui sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis.

image is not available

image is not available

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan yang ingin dilakukan oleh penunggang motosikal terbabit.

image is not available

image is not available

image is not available

Source: