Tular PM Jepun & Presiden Korea Selatan Main Dram Lepas Mesyuarat

WorldPolitics
14 Jan 2026 • 3:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tular PM Jepun & Presiden Korea Selatan Main Dram Lepas Mesyuarat

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi tular kerana bermain dram bersama Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung selepas sidang kemuncak pada Selasa.

Kedua-dua pemimpin itu yang memakai baju sukan berwarna biru sedondon menyiarkan gambar mereka jamming di X selepas bertemu di wilayah asal Takaichi di Nara.

Semasa rundingan, mereka bersetuju untuk memperkukuh kerjasama mengenai keselamatan ekonomi dan isu-isu serantau dan global.

Takaichi pula menekankan bahawa negara-negara jiran Asia harus bekerjasama untuk memastikan kestabilan serantau.

“Selepas sidang kemuncak itu, saya bermain dram dengan Presiden Lee Jae Myung.

“Apabila kami bertemu di APEC tahun lepas, impiannya adalah untuk bermain dram, jadi kami menyediakan kejutan,” kata Takaichi, yang pernah bermain dram dalam sebuah kugiran heavy metal pelajar.

Mereka memainkan dua lagu K-pop iaitu ‘Dynamite’ oleh kumpulan BTS dan ‘Golden’ daripada filem animasi Kpop Demon Hunters.

image is not available
Kredit: AFP

Menerusi video yang tular, Takaichi dilihat bermain dram dengan bertenaga, dengan senyuman lebar terukir di wajahnya.

Sementara itu, Lee mengaku bahawa pada mulanya dia merasa agak janggal, tetapi setelah mengetuk dram itu berkali-kali, lebih banyak bunyi yang terhasil.

BACA JUGA: Kren Tumbang Atas Kereta Api Bawa 195 Penumpang, Lebih 20 Maut

“Kami berkongsi niat yang sama untuk mengekalkan rentak walaupun rentaknya sedikit berbeza.

“Kami akan bekerjsama dengan satu hati untuk membina hubungan berorientasikan masa depan antara Korea Selatan dan Jepun,” katanya.

image is not available
Kredit: AFP

Lee dan Takaichi juga telah melawat salah satu kuil tertua di Jepun di Nara pada pagi Rabu.

Dalam hubungan dua hala, kenangan pahit pendudukan Jepun di semenanjung Korea dari tahun 1910 hingga 1945 telah lama membayangi hubungan Tokyo-Seoul.

Pendahulu Lee yang konservatif, Yoon Suk Yeol, telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Jepun.

Lee, yang agak lebih bersikap acuh tak acuh terhadap Korea Utara berbanding Yoon, berkata bahawa Korea Selatan dan Jepun umpama ‘jiran yang berkongsi halaman depan’.

https://x.com/AFP/status/2011317348200751200

Sumber: AFP

The post Tular PM Jepun & Presiden Korea Selatan Main Dram Lepas Mesyuarat appeared first on Siakap Keli.