Tular polis langgar kenderaan awam, peguam kongsi cara buat tuntutan

13 Mar 2024 • 12:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Polis langgar kenderaan awam

Baru-baru ini, tular di laman sosial yang memaparkan seorang anggota polis langgar kenderaan awam secara tidak sengaja.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, kejadian itu berjaya dirakam papan pemuka (dashcam) pemilik kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu tidak dapat dipastikan.

Dalam video tersebut, kelihatan anggota polis itu sedang menunggang jentera dual-sport Kawasaki KLX250 milik Polis Diraja Malaysia yang dipercayai dalam perjalanan menuju ke satu destinasi.

Polis langgar kenderaan awam

Kenderaan lain pada ketika itu turut memberikan ruang kepada anggota polis tersebut untuk menjalankan tugasnya ketika aliran trafik sedang perlahan.

Pun begitu, ketika polis tersebut mengubah laluannya, dia tidak sempat memberhentikan motosikal sekaligus merempuh sebuah kereta lain.

Kesan daripada rempuhan tersebut menyebabkan bahagian belakang kereta berkenaan calar dan mengalami kerosakan. Anggota polis itu meminta mangsa untuk berhenti di tepi jalan selepas memohon maaf atas insiden yang berlaku.

image is not available

image is not available

image is not available

Ekoran kejadian tersebut, ramai yang tertanya-tanya bagaimana membuat tuntutan ganti rugi sekiranya perkara tersebut berlaku terhadap orang lain.

Menurut laporan Majoriti, seorang peguam yang dikenali sebagai Muhammad Akmal Arif Shamsul Kahar membuat penjelasan netizen tidak perlu panik jika mengalami insiden tersebut.

Katanya, mangsa boleh membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam dengan menyertakan bahan bukti kerana kenderaan yang dimiliki pasukan polis tidak dilindungi insurans.

Polis langgar kenderaan awam

image is not available

“Saya tahu nampaknya ramai yang tidak pasti tentang apa yang perlu dilakukan dalam situasi sedemikian.

“Sekiranya berlaku kemalangan seperti itu, pemandu harus membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam dengan menyertakan bahan bukti sekali.

“Ini kerana, bagi kenderaan yang dimiliki oleh pasukan polis, ia tidak dilindungi oleh insurans.

“Tapi jangan risau, kerana anda boleh membuat tuntutan kepada kerajaan untuk mendapatkan pampasan,” ujarnya.