Tular Poster Di Media Sosial, Filem Dilwale 2 Bakal Ditayangkan Disember Ini?

Movie
26 Sep 2023 • 11:20 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, kecoh pula di media sosial apabila tular poster filem Dilwale yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu yang dibintangi oleh pelakon hebat iaitu Shah Rukh Khan dan Kajol.

Penularan poster tersebut telah membuatkan netizen tertanya-tanya sama ada filem Dilwale 2 bakal ditayangkan di pawagam mengikut tarikh yang tertera iaitu 18 Disember.

image is not available

image is not available

Seriuslah filem Dilwale 2 akan keluar?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sabar dan teruja untuk menanti pelancaran filem Dilwale 2 tersebut di pawagam jika khabar angin tersebut adalah benar.

Bukan itu sahaja, ada yang mendakwa Shah Rukh Khan kini sedang menjalani penggambaran Dilwale 2 namun, sejauh mana kesahihan perkara tersebut tidak dapat dipastikan

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Itu poster lama lah, Dilwale yang dulu

Sementara itu, ada segelintir netizen yang mengatakan poster tersebut adalah poster lama filem Dilwale pada tahun 2015 dan berkemungkinan akan membuat tayangan semula filem tersebut di pawagam.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sekadar info, Dilwale mengisahkan mengenai konflik dalam hubungan cinta diantara Raj (Shah Rukh Khan) dan Meera (Kajol) yang berlanjutan selama beberapa tahun tanpa kesudahan.

Halangan itu berlaku disebabkan pertelingkahan di antara keluarga mereka yang masing-masing terlibat dalam aktiviti kongsi gelap.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Hubungan yang pada awalnya tiada masalah bertukar bencana apabila keluarga Meera membongkar kisah silam Raj dan adiknya Veer (Varun Dhawan) sehingga memaksanya meninggalkan lelaki itu.

Sumber: TikTok @m07haz