Tular Poster Hebahan Persembahan Aiman Tino Di Sabah, Netizen Bahan Seperti Poster Orang Hilang

3 Oct 2022 • 2:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Poster hebahan persembahan seperti poster hebahan orang hilang

Tular Poster Hebahan Persembahan Aiman Tino Di Sabah, Netizen Bahan Seperti Poster Orang Hilang. Nak dikatakan tiada kemudahan digital yang mudah, rasanya banyak aplikasi percuma untuk membuat poster ringkas. Namun, kali ini benar-benar mengelirukan.

Terbaru, telah tular poster hebahan tentang kedatangan penyanyi Aiman Tino ke Sabah. Bukan tular dengan kedatangan Aiman Tino tetapi tular kerana poster hebahannya seperti poster orang hilang.

image is not available
Tular Poster Hebahan Persembahan Aiman Tino Di Sabah, Netizen Bahan Seperti Poster Orang Hilang. Sumber gambar: Twitter @_AmranFans

Poster hitam putih, netizen mula membahan poster

Kedatangan Aiman Tino ke Lahad Datu, Sabah adalah untuk memeriahkan acara Karnival Dinosaur, Dinosaur Born In Sabah. Tetapi, poster yang hanya berlatarbelakang hitam putih tersebut benar-benar menarik perhatian netizen untuk membahan semula poster tersebut.

image is not available
Tular Poster Hebahan Persembahan Aiman Tino Di Sabah, Netizen Bahan Seperti Poster Orang Hilang. Sumber gambar: Twitter @_AmranFans

Ada yang berandaian mungkin ketiadaan pereka grapfik yang menjadi punca poster tersebut sama seperti poster orang hilang. Malah ada yang berspekulasi poster tersebut dibuat hanya sebatas menggunakan telefon bimbit atau hanya menggunakan Microsoft Word.

Tetapi, tidak kurang juga ada yang beranggaan bahawa poster sedemikian hanya sebagai gimik pemasaran untuk menarik lebih banyak perhatian netizen. Kalau ini adalah tujuan utamanya, poster ini sungguh berjaya mencapai matlamatnya.

image is not available
Tular Poster Hebahan Persembahan Aiman Tino Di Sabah, Netizen Bahan Seperti Poster Orang Hilang. Sumber gambar: Twitter @_AmranFans

Sekarang, pelbagai aplikasi percuma yang boleh diakses untuk membantu memudahkan sesuatu urusan. Boleh baca artikel di bawah untuk mengetahui selanjutnya: