Tular Premis Minuman Herba Di TikTok, JAKIM Sahkan Hanya Satu Produk Ada Sijil Halal

8 Dec 2023 • 12:36 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

JAKIM mengesahkan satu premis minuman herba yang tular di TikTok baru-baru ini tidak mempunyai sijil halal bagi premis makanan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, JAKIM mengeluarkan kenyataan bahawa premis tersebut didakwa mempunyai pensijilan halal daripada pihak mereka.

Premis minuman herba hanya satu produk ada sijil Halal

Namun begitu, menerusi semakan, premis minuman herba itu hanya satu produk ada sijil halal atau sijil halal bagi skim produk makanan dan minuman iaitu produk minuman herba bertin.

“Produk yang dipersijilkan halal hanyalah produk minuman herba bertin,” katanya semalam.

Dalam pada itu, JAKIM juga menasihati orang ramai untuk berhati-hati sebelum memilih sesuatu produk atau premis yang ingin dikunjungi.

image is not available

Foto: TikTok

“Pastikan produk atau premis tersebut memegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah daripada JAKIM,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah premis menjual minuman herba tular di media sosial selepas orang ramai mendakwa salah satu produk dijual dapat mengurangkan batuk dan rasa sakit tekak.

image is not available

Foto: TikTok

Sumber: Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM