Tular produk ada di ‘supermarket’, Khairul Aming tegaskan tak pernah jual runcit

29 Mar 2024 • 10:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Khairul Aming tegaskan tak pernah jual runcit

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming tegaskan tak pernah jual runcit Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi susulan tular beberapa gambar produk-produk keluaran syarikatnya dijual di sebuah pasaraya.

Ada dijual di Sarawak

Menerusi ciapan yang dibuat oleh pengguna X dikenali sebagai folkloreswifty, dia telah menemui penjualan Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi di sebuah pasaraya di Sarawak.

 

image is not available

Khairul Aming tegaskan tak pernah jual runcit, terkejut harga dijual 3 kali ganda

Lebih mengejutkan adalah harga yang dinyatakan tiga kali ganda lebih mahal daripada harga di atas talian. Tak hanya itu, mereka juga menyediakan rak kotak yang tidak pernah dilihat di mana-mana platform media sosial Khairul Aming.

image is not available

Khairul Aming tegaskan tak pernah jual runcit, tidak ada juga rak kotak

Susulan daripada perkongsian tersebut, Khairul Aming telah merespon ciapan yang dibuat pengguna X berkenaan dengan menjelaskan bahawa pihak mereka tidak pernah menjual produk secara runcit di mana-mana kedai.

Mereka juga tidak menyertakan rak kotak tersebut dan harga ditawarkan di platform atas talian hanya RM13.99 dan RM14.99 sahaja.

Beli produk di atas talian elak penipuan

Oleh sebab itu, usahawan berkenaan menasihati orang ramai supaya mengelakkan diri daripada membeli produk-produk tersebut kerana dikuatiri berlaku penipuan seperti yang pernah terjadi kira-kira tiga tahun lalu.

“Kotak display warna merah ni pun tak tahu datang dari mana, bukan kita yang print. Please buy from our online store sahaja untuk elakkan isu sambal ciplak yang basi macam 3 tahun lepas,” ujar Khairul Aming.

image is not available

Dah cakap dekat live yang produk tak jual di kedai

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pandangan bahawa tindakan reseller ini sangat tidak bertanggungjawab lebih-lebih lagi dengan mengenakan harga yang cukup tinggi daripada harga asal.

 

image is not available

Terus letak harga mahal-mahal

image is not available

Boleh jadi mereka beli banyak2 sewaktu KA live

Ada juga yang berpendapat boleh jadi kedai terbabit telah mengupah staf sendiri untuk membeli secara pukal sewaktu Khairul Aming mengeluarkan stock di platform atas talian dan dijual semula secara runcit.

Cara tersebut dapat mengaut keuntungan apabila peminat produk pempengaruh tersebut membeli daripada mereka dengan harga yang sudah digandakan.

image is not available

Jangan support reseller2 ni

image is not available

Sumber: X khairulaming