Tular Rakaman ‘Abang Polis’ Tertidur Berdiri Ketika Bertugas, Warga Kuching Luah Rasa Risau

15 Feb 2023 • 4:34 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tertidur atas jalan ketika bertugas

Tular Rakaman ‘Abang Polis’ Tertidur Berdiri Ketika Bertugas, Warga Kuching Luah Rasa Risau. Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang anggota polis tertidur ketika bertugas di Kuching telah menjadi viral di media sosial, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Berdasarkan rakaman video tersebut menunjukkan seorang pegawai polis tertidur ketika sedang bertugas telah tersebar di media sosial. Beliau dilihat tertidur sambil berdiri di tepi jalan. Individu yang merakam kejadian tersebut dilihat cuba membangunkan beliau namun usahanya tidak berhasil.

Tular Rakaman ‘Abang Polis’ Tertidur Berdiri Ketika Bertugas, Warga Kuching Luah Rasa Risau. Kredit: FTopNews 新闻最前线

PDRM Kuching telah pun keluarkan kenyataan

Risau dengan keselamatan pegawai polis itu, individu itu terus menerus ‘menjerit’ memanggil pegawai polis itu.

Menurut kenyataan PDRM semalam, kejadian itu berlaku di Bulatan Uplands di Kuching, Sarawak pada 10 Februari lalu.

image is not available

“Kami akan memeriksa keadaan kesihatan pegawai untuk tindakan selanjutnya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada netizen di atas keprihatinan mengenai kesihatan pegawai itu,” kata ketua polis Kuching itu.

Ini pula reaksi netizen

Sebelum PDRM mengeluarkan kenyataan rasmi semalam, rata-rata netizen dilihat bersimpati dengan kejadian tersebut. Mereka beranggapan kemungkinan pegawai polis itu menghadapi penyakit narkolepsi di mana pesakit boleh tidur pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga netizen meluahkan rasa bimbang dengan keadaan beliau. Tambah netizen, kemungkinan beliau begitu penat ketika bertugas.

image is not available

image is not available

Tambah netizen, perakam sepatutnya menyapa pegawai polis itu dengan baik dan bukannya menyebarkan rakaman itu di media sosial.

Baca lagi artikel terkini: