
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap kali berada di jalan raya kita sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tak diingini berlaku.
Namun dalam kita berhati-hati ada segelintir pengguna yang bersikap mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan nyawa orang lain dalam bahaya.
Bahkan ada yang tidak mahu bertanggungjawab selepas melakukan kesalahan.
Perodua Bezza langgar penunggang motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat merah
Baru-baru ini, sebuah kereta Perodua Bezza telah menjadi perhatian apabila tular rakaman merempuh sebuah motosikal sewaktu berada di lampu isyarat merah.
Menerusi video dashcam dari bahagian belakang yang dikongsikan oleh Din Teknik di TikTok, awalnya kelihatan kereta Bezza berwarna hitam itu datang dari arah belakang dan tidak berhenti sewaktu lampu isyarat masih lagi merah.
Pada rakaman dashcam bahagian hadapan pula, kelihatan seorang penunggang motosikal sedang berhenti dan menunggu lampu isyarat merah itu bertukar kepada hijau sebelum memulakan perjalanan.
Namun secara tiba-tiba kereta Bezza itu dilihat terus melanggar penunggang motosikal terbabit sehingga menyebabkan motosikal terseret dan terdorong kehadapan kerana disondol kereta tersebut.

Kereta Bezza hanya berlalu pergi selepas langgar penunggang motosikal
Penunggang motosikal itu kemudiannya dilihat sempat beralih ke tepi sebelum mengejar kereta berkenaan seolah-olah sedaang memintanya berhenti.
Kereta Bezza itu bagaimanapun hanya meneruskan perjalanan dan berlalu pergi. Sebaik kenderaan tersebut pergi kelihatan seorang lagi individu berada di kawasan itu dan cuba membantu untuk mengangkat semula motosikal yang sudah rebah di atas jalan.
Menerusi dashcam dipercayai insiden itu berlaku jam 2.39 petang pada 29 Disember di Alor Setar, Kedah.

@teknikkatering ♬ suara asli – Mentahan _sound – Mentahan _sound

Ada yang minta buat laporan polis untuk tindakan lanjut
Melihat di ruangan komen, ada yang meminta pemilik dashcam untuk membuat laporan polis agar tindakan lanjut boleh diambil.
Ini kerana ada yang mengatakan kereta Bezza itu tidak hanya melanggar pengguna jalan raya sebaliknya turut tidak mematuhi peraturan untuk berhenti di lampu isyarat merah.
Tidak kurang juga ramai yang kasihan dengan penunggang motosikal tersebut.
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, seorang pengguna mendakwa pemandu Bezza itu sebenarnya pitam ketika insiden berlaku. Tambahnya lagi, kedua-dua pihak sudah menyelesaikan perkara itu.

“Buat report je abang, dah langgar lampu isyarat dan nombor plate pun dah nampak”

“Alahai kesiannya dia orang, Bezza tu dah kenapa”

“Nak bagi alasan apa pun tak dapat ni, memang salahlah kalau nak kata tertekan minyak. Kan merah tu kenapa tak tarik handbrake?”



