Tular Rakaman CCTV Dipercayai Insiden Faisal Halim Disimbah Asid

23 May 2024 • 1:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar TikTok

Tular di media sosial video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dipercayai insiden pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim disimbah asid oleh individu tidak dikenali di ruang parkir kereta di sebuah pusat membeli-belah di Damansara pada 5 Mei lalu.

Rakaman berdurasi 56 saat itu memaparkan seorang lelaki bertopi menyorok di belakang sebuah kenderaan sebelum mengekori Faisal yang sedang berjalan menuju ke arah sebuah kereta putih bersama seorang wanita dipercayai isterinya.

Suspek itu kemudian menghampiri Faisal lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arahnya. Penyerang itu kemudian melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki yang sedang menunggunya tidak jauh dari situ. – Getaran, 23 Mei, 2024

@getaranmy Tular di media sosial kini video CCTV dipercayai kejadian pemain Selangor FC Faisal Halim disimbah asid pada 5 Mei lalu. #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved