Tular Rakaman Gaduh Di Tepi Jalan, Tetapi Abang Baju Sarawak Ini Pula Jadi Perhatian Netizen

10 Nov 2022 • 2:14 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Abang baju Sarawak jadi referree la tuh! Peeeeet!’ -netizen

Tular Rakaman Gaduh Di Tepi Jalan, Tetapi Abang Baju Sarawak Ini Pula Jadi Perhatian Netizen. Telah tular di laman sosial di mana berlakunya kejadian yang memaparkan dua orang lelaki bergaduh di atas jalan raya di Ipoh, Perak.

Namun, apa yang mencuit hati para netizen adalah apabila seorang individu siap berhelmet dan berpakaian ‘bomber jacket’ yang bertulis Sarawak di belakang telah datang dan cuba untuk menenangkan keadaan.

image is not available
Tular Rakaman Gaduh Di Tepi Jalan, Tetapi Abang Baju Sarawak Ini Pula Jadi Perhatian Netizen. Sumber: Twitter @MALAYSIAVIRALL

‘Oh abang Sarawak tolong’ -audio sempat dirakam semasa video diambil

Netizen malah menganggap individu tersebut sebagai referree kerana pemakaiannya yang persis seperti pengadil di padang. Video berdurasi hampir seminit telah tular di laman sosial, dan meraih sebanyak 8,210 ulang ciap dan 440.2K kali tontonan.

Difahamkan bahawa kejadian tersebut berlaku angkara suspek yang didakwa mabuk dan telah memandu lawan arus hingga menyebabkan kemalangan di Jalan Musa Aziz, Ipoh, Perak. Mujur ada orang awam datang membantu untuk menenangkan suspek yang mabuk tersebut.

Kehadiran individu tersebut telah mencuit hati para netizen semasa kejadian tegang sedang berlaku. Lihat komen netizen di bawah:

image is not available
Sumber: Twitter @MALAYSIAVIRALL

image is not available
Sumber: Twitter @MALAYSIAVIRALL