Tular rakaman pemandu e-hailing perlekehkan Islam, netizen gesa PDRM ambil tindakan

4 Jun 2024 • 7:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Tular di laman sosial seorang pemandu e-hailing berbangsa Cina tergamak memperlekehkan agama Islam ketika berbual dengan pelancong asing dari England, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikTok, sepasang pelancong asing itu telah menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk bergerak ke sesuatu destinasi pada hari pertama bercuti di Malaysia.

Pemandu e-hailing

@samisma_new

VIRAL TERKINI Pemandu E-Hailing Type-C buu rukkan Malaysia & Islam kpd Pelancong Asing. Sepatutnya beliau menjadi contoh membawa nilai jati diri yg baik terhadap Malaysia Buat report sampai Haram-J ni dikutip #PDRM #SamIsma #Islam #Malaysia #World #fypage #Global #fypシ゚viral #Fyp #Indonesia #SamsHouseStudios #Tiktok #Viral #Viral #Blockout2024 #Global #Allah #Melayu #TypeC #PDRM #YDPA #Melayu

♬ Fundo Musical de Oração – Studio Pro Sound

Dalam perkongsian terbabit, pemandu e-hailing yang dikenali sebagai Henry itu menyapa mesra penumpangnya dan mencadangkan beberapa lokasi menarik untuk dikunjungi.

Henry yang dipercayai mempunyai enam tahun pengalaman menjadi pemandu e-hailing turut berkongsi bercuti di Thailand ibarat syurga baginya namun, berbeza pula pandangannya mengenai Malaysia.

Baginya, orang ramai tidak dapat berhibur tanpa batas memandangkan aktiviti minum arak dan berjudi tidak dibenarkan dalam agama Islam.

Pemandu e-hailing

image is not available

Apa yang membangkitkan lagi kemarahan ramai, dia mengesyorkan masyarakat yang beragama Islam untuk tinggal di dalam hutan kerana banyak hiburan diharamkan.

“Disini kita sepatutnya boleh enjoy tapi ini adalah negara Islam, mereka mahu kita ikut cara agama mereka..itu sangat tidak adil betul tak?

“Sebab mereka tidak minum (arak), berjudi, jadi mereka haramkan arak dan judi. Tiada hiburan. Hidup macam dalam gua. Tinggal jelah dalam hutan tu, main Jumanji dan haiwan.

“Saya tak faham pemikiran bullsh*t rakyat Malaysia ni. Awak lahir kat dunia ni jadi enjoy jelah,” ujarnya.

Netizen berang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berang dengan perbuatan pemandu e-hailing tersebut yang jelas menghina dan memperlekehkan ajaran yang diamalkan Islam.

image is not available image is not available image is not available

Pihak berkuasa sila ambil tindakan!

Bukan itu sahaja, ramai yang menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu e-hailing tersebut yang sudah menyentuh isu 3R (raja, agama, kaum) sehingga boleh mencetuskan kemarahan netizen terutamanya yang beragama Islam.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber: TikTok @samisma_new