Tular Rakaman Pergaduhan Di Sebuah Kedai Makan Kuching, Ini Penjelasan Daripada Saksi

22 Mar 2023 • 5:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rakaman CCTV itu berlegar-legar di media sosial

Tular Rakaman Pergaduhan Di Sebuah Kedai Makan Kuching, Ini Penjelasan Daripada Saksi. Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai sebuah rakaman CCTV insiden pergaduhan di sebuah kedai makan di Kuching. Insiden itu menyebabkan kekecohan di kalangan penduduk setempat dan mendapat perhatian di media sosial.

Video tersebut telah pun disebarkan secara meluas di Facebook oleh orang ramai.

Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai insiden tersebut, seorang saksi telah tampil di ruangan komen memberikan penjelasan mengenai insiden tersebut.

image is not available
Tular Rakaman Pergaduhan Di Sebuah Kedai Makan Kuching, Ini Penjelasan Daripada Saksi. Kredit: Facebook

Berdasarkan keterangan saksi, saksi merupakan isteri kepada salah seorang individu yang terlibat dalam insiden rusuhan itu.

Ini penjelasan saksi kejadian

Kisahnya bermula apabila, beliau mendakwa suaminya (berbaju putih) telah diajak ke sebuah lokasi untuk ‘melepak’. Setelah tiba ke lokasi itu, beliau tiba-tiba diasak oleh 6 orang kenalannya tanpa mengetahui punca sebenar.

image is not available

Menurutnya, suaminya telah dituduh kerana mengasari seorang wanita yang merupakan kekasih kepada lelaki berjaket hitam. Tanpa usul periksa, beliau secara tiba-tiba ditumbuk oleh sekumpulan indivitu itu.

Tambahnya, lelaki berhelmet biru itu dikatakan menjadi ‘batu api’ dengan membawa cerita ke lelaki berjaket hitam bahawa suaminya menumbuk seorang wanita pada bahagian muka.

Menurutnya, sebelum ini hubungan suaminya dengan lelaki itu dikatakan baik. Tetapi disebabkan oleh ‘rekaan cerita’ lelaki berhelmet biru itu, berlakunya pergaduhan antara mereka.

image is not available

Walau bagaimanapun, hal ini hanya dijelaskan oleh sebelah pihak sahaja. Setakat ini, masih belum ada kenyataan rasmi dari kedua-dua pihak.

Baca lagi artikel terkini: