Tular Reka Bentuk Jambatan Di Sungai Katibas Kapit Undang Reaksi Netizen Sarawak

22 Sep 2023 • 11:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hantaran gambar di laman Facebook telah mengundang reaksi terkejut netizen

Tular Reka Bentuk Jambatan Di Sungai Katibas Kapit Undang Reaksi Netizen Sarawak. Penduduk setempat dan pengguna media sosial dibuat terkejut dengan tularnya gambar jambatan yang terletak di Sungai Katibas, Sarawak.

Gambar yang mendapat perhatian besar masyarakat ini memaparkan reka bentuk jambatan yang menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan.

image is not available
Tular Reka Bentuk Jambatan Di Sungai Katibas Kapit Undang Reaksi Netizen Sarawak. Sumber: Facebook

Rupanya reka bentuk jambatan tersebut akibat dari bencana alam

Berdasarkan gambar yang tular, jambatan tersebut kelihatan tiada ciri keselamatan yang mencukupi. Selain itu, reka bentuk jalannya yang curam, tajam, dan terdapat selekoh selepas curam menambah kebimbangan berkenaan potensi bahaya kepada pengguna jambatan.

Namun, rupanya rekaan jambatan tersebut berubah kerana tanah runtuh.

Sementara itu, ada juga netizen yang menganggap perkara ini sebagai refleksi kepada kurangnya perhatian atau kekurangan sumber bagi infrastruktur di kawasan pedalaman seperti Sungai Katibas.

image is not available
Tular Reka Bentuk Jambatan Di Sungai Katibas Kapit Undang Reaksi Netizen Sarawak

image is not available

Jalan tersebut telah ditutup dan bakal dibaiki secepat mungkin demi keselamatan pengguna jalan

Dalam perkembangan terbaru, pihak JKR Sarawak telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut:

“Untuk makluman aduan tersebut telah dimaklumkan kepada JKR Bahagian Kapit. Papan tanda keselamatan dan tanda amaran telah dipasang di kawasan tersebut. Dilampirkan No Kes FB22092023_01 untuk rujukan pihak tuan. Segala kesulitan amatlah dikesali.”

Untuk makluman semua, jalan tersebut telah ditutup dan bakal dibaiki secepat mungkin demi keselamatan pengguna jalan. Harapannya, dengan tindakan pantas daripada pihak berkenaan, keselamatan masyarakat setempat dapat diperbaiki dan dipulihkan.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: