Tular Sebuah Salon Di Jalan Song Kenakan Cas Hampir RM 2K Untuk Khidmat Gunting Dan Warna Rambut

16 Sep 2022 • 7:50 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di salon rambut di Jalan Song, Kuching

Tular Sebuah Salon Di Jalan Song Kenakan Cas Hampir RM 2K Untuk Khidmat Gunting Dan Warna Rambut. Sebuah salon rambut di Jalan Song dikecam teruk selepas pelanggan mendakwa dikenakan cas sehingga RM 2K untuk servis gunting dan dandanan rambut.

Menerusi perkongsian Hui Tang Lang di akaun facebook miliknya, jumlah cas yang dikenakan kepada pelanggan itu adalah sebanyak RM 2193 ribu.

image is not available
Tular Sebuah Salon Di Jalan Song Kenakan Cas Hampir RM 2K Untuk Khidmat Gunting Dan Warna Rambut. Kredit Foto: FB Hui Tai Lang

Difahamkan, salon itu mengenakan cas yang tinggi kepada pelanggan wanitanya yang membuat dandanan rambut di salon tersebut. Harga yang dicas pula berjumlah RM 1628 ribu.

Bukan itu sahaja, salon itu turut mengenakan cas yang tinggi untuk servis gunting rambut lelaki.

Paling menyedihkan, harga servis yang dikenakan tidak setimpal dengan hasil yang ditawarkan.

image is not available
Kredit Foto: FB Hui Tai Lang

Aduan telah pun dibuat

Berang dengan tindakan salon tersebut, seorang lelaki telah memuat naik satu hantaran di Facebook untuk mendedahkan harga servis yang tidak masuk akal itu bagi memberi peringatan kepada pelanggan lain.

image is not available
Kredit Foto: FB Hui Tai Lang

Beliau turut memaklumkan beliau telah pun membuat aduan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana tindakan salon itu yang menindas pelanggan mereka.

image is not available
Kredit Foto: FB Hui Tai Lang

Dalam posting yang sama, beliau turut menyeru pihak salon itu untuk menjelaskan maksud servis ‘artistic director’ seperti yang tertera di dalam resit pelanggan.

Hal ini kerana, servis yang tidak diketahui maksudnya itu menelan kos hingga ratusan ringgit.

Mendapat pelbagai reaksi daripada netizen

Sudah semestinya harga servis dandanan rambut yang ditawarkan salon tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Antaranya, ada yang berpendapat pelanggan itu hendaklah menanyakan harga terlebih dahulu memandangkan salon tersebut merupakan antara salon yang terkemuka di Kuching.

image is not available
Kredit Foto: FB Hui Tai Lang

image is not available
Kredit Foto: FB Hui Tai Lang

image is not available
Kredit Foto: FB Hui Tai Lang

Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut sebaliknya mereka berpendapat salon itu hendaklah memaklum harga servis yang ditawarkan kepada pelanggan terlebih dahulu.

Tambah netizen, salon itu tidak sepatutnya mengenakan cas yang terlampau mahal walaupun salon mereka antara salon yang dikenali ramai.

image is not available
Kredit Foto: FB Hui Tai Lang

image is not available
Kredit Foto: FB Hui Tai Lang

Tidak kurang juga, ada yang berpendapat untuk mendapatkan servis gunting rambut di kedai biasa kerana sudah semestinya harga yang ditawarkan jauh lebih murah.

image is not available
Kredit Foto: FB Hui Tai Lang

Baca lagi artikel menarik di sini: