Tular Sekumpulan Lelaki Bertopeng Siap bawa Senjata Di Jalan Stakan Undang Kerisauan Netizen

8 Apr 2024 • 11:30 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kelibat lelaki disyaki perompak

Tular Sekumpulan Lelaki Bertopeng Siap bawa Senjata Di Jalan Stakan Undang Kerisauan Netizen. Semalam, satu kejadian yang mengejutkan telah menggemparkan penduduk di sekitar Jalan Stakan apabila sebuah video yang menunjukkan empat lelaki bertopeng dengan membawa senjata tersebar melalui media sosial.

Video yang dikongsikan oleh Sarawak Roads Update (SRU) di laman Facebook mereka telah menyebabkan kebimbangan di kalangan orang awam.

image is not available
Tular Sekumpulan Lelaki Bertopeng Siap bawa Senjata Di Jalan Stakan Undang Kerisauan Netizen. Sumber: FB Sarawak Roads Update

Menurut keterangan dalam video tersebut, kelibat empat lelaki bertopeng itu dilihat meronda di sekitar kawasan Jalan Stakan Perdana, Lorong Stakan Perdana 2E3.

Mereka dilihat dua kali berkeliaran di lokasi yang sama, menambahkan kebimbangan penduduk tempatan tentang tujuan sebenar kehadiran mereka.

Dalam klip tersebut, terlihat mereka memakai pakaian hitam serba lengkap dengan topeng hitam serta membawa senjata, menyebabkan spekulasi bahawa mereka mungkin berniat jahat seperti merompak.

Menerusi satu lagi posting daripada pihak SRU, mereka telah meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap individu-individu tersebut.

Namun, sehingga berita ini disiarkan, pihak polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian ini.

Oleh itu, orang ramai diminta supaya berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Baca lagi artikel menarik: