
Tular Serpihan Roket SpaceX Terbakar Sewaktu Ujian Penerbangan
SpaceX dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kenderaan angkasa miliknya, Starship terbakar semasa ujian penerbangan.
“Semasa pembakaran Starship ke atas, roket tersebut mengalami pembongkaran pantas yang tidak dijadualkan dan mengakibatkan hubungan terputus.
“Pasukan kami segera berkoordinasi dengan pegawai keselamatan untuk melaksanakan tindak balas kontingensi yang telah dirancang,” maklum SpaceX
Tambah kenyataan itu, pihaknya akan segera menyiasat dan mengkaji data ujian penerbangan terbabit bagi mengenal pasti punca kejadian.
https://x.com/SpaceX/status/1897803612098900131
Serpihan Roket SpaceX Terbakar Di Langit
Sementara itu, portal berita antarabangsa, BNO News turut memuat naik satu rakaman yang memaparkan serpihan roket berkenaan yang sedang jatuh, tidak lama selepas SpaceX terputus hubungan dengan kenderaan angkasa tersebut.
Serpihan roket berkenaan dipercayai terbakar di ruang langit sekitar perairan Bahamas. Ia turut dilihat oleh penduduk sekitar lokasi berkenaan.
https://x.com/BNONews/status/1897798316210913568?t=XgjXfTJc99arVSqLI4YD4g&s=19&fbclid=IwY2xjawI3FdZleHRuA2FlbQIxMAABHbO7b9lXaUR2UyB-Ge3qI_TyEHIbGUEVUiv1P9-GAoyDe-PfOtu2pU66Lw_aem_NHWSkvT2UONW5aeMgp4KAg
https://x.com/moment_mirthful/status/1897793506216677687
https://x.com/ayobigz242/status/1897801227758350572
Terdahulu pada pertengahan Januari, situasi yang sama turut berlaku ketika SpaceX memberitahu bahawa roketnya Starship meletup semasa penerbangan yang bertujuan untuk menguji keupayaan roket mega berkenaan.
Menurut NBC News, bahagian atas sistem roket tersebut hancur dan serpihan jatuh bertebaran di sekitar Teluk Mexico serta berkemungkinan sehingga ke Laut Carribean.
Malah, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX turut berkongsi rakaman yang sama di platform X miliknya.
Elon Musk kongsi video roket SpaceX meletup semasa ujian penerbangan
“Kejayaan itu belum pasti, tetapi hiburan sudah pun dijamin,” kata Elon.
Menurut NBC News, Starship merupakan roket paling berkuasa pernah dibina dan memiliki ketinggian kira-kira 400 kaki.
Roket berkenaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu penggalak roket yang dikenali sebagai Super Heavy. Manakala bahagian atasnya pula ada kenderaan angkasa yang dikenali sebagai Starship.
The post Tular Serpihan Roket SpaceX Terbakar Sewaktu Ujian Penerbangan appeared first on Siakap Keli.


