
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Aksi akhir Piala Dunia FIFA 2026, antara Sepanyol dan Argentina pada awal pagi semalam (20 Julai) sememangnya satu detik debaran bagi peminat sukan bola sepak seluruh dunia.
Dalam keterujaan menantikan pasukan manakah yang akan bergelar juara, ada juga segelintir yang melakukan perbuatan tidak masuk akal hanya kerana terlalu teruja dengan perlawanan World Cup ini.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Rai Sepanyol Juara Dunia Tapi Tengah Azan, Gelagat Peminat Buat ‘Sorakan Senyap’ Raih Pujian [Video]
Suami Taruh Akan Bercerai Talak 3 Jika Argentina Kalah
Seperti baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Raudhah telah berkongsi satu tangkap layar perbualan bersama seorang wanita lain dipercayai kenalan rapatnya.
Menurut teks perbualan itu, wanita tersebut bercerita kepada Raudhah bahawa suaminya telah bertaruh dengan rakan untuk menceraikannya dengan talak tiga sekiranya Argentina kalah di medan akhir Piala Dunia FIFA 2026.
Namun seperti yang ramai sudah tahu, Argentina telah tewas 0-1 di tangan Sepanyol sekaligus gagal mempertahankan status mereka sebagai juara dunia seperti pada edisi 2022.
Baca Artikel Berkaitan: Dataran Merdeka Dicemari Sampah Selepas Aksi Final Piala Dunia FIFA 2026, Ini Respon DBKL [Video]
“Kak apa aku nak buat, lelaki aku bertaruh dengan kawan dia kalau Argentina kalah dengan Sepanyol dia ceraikan aku talak tiga.
“Aku rasa dah jatuh talak tiga. Dia (suami) balik pagi tadi (selepas perlawanan akhir) meraung macam orang gila. Aku tanya kenapa dan dia pun cerita hal sebenar,” luahnya.
View on Threads
Adakah Jatuh Talak Dilafazkan Suami?
Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Persoalannya sekarang, adakah talak yang dilafazkan itu telah jatuh?
Ataupun adakah lafaz yang diucapkan ketika bergurau atau bertaruh tetap mempunyai kesan di sisi syarak?
Ulama Berpendapat Talak Digantungkan Dengan Syarat Akan Jatuh Jika Ia Berlaku
Jelas Dr Zulkifli, majoriti ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali berpendapat bahawa talak yang digantungkan dengan sesuatu syarat akan jatuh apabila syarat tersebut benar-benar berlaku.
Imam Abu Syuja’ menyebut:
وَإِنْ عَلَّقَ الطَّلَاقَ بِصِفَةٍ وَقَعَ بِوُجُودِهَا
Maksudnya: “Jika seseorang menggantungkan talak dengan suatu syarat, maka talak itu berlaku apabila syarat tersebut wujud.”
Imam al-Nawawi pula menegaskan:
إِذَا عَلَّقَ الطَّلَاقَ بِصِفَةٍ، فَوُجِدَتِ الصِّفَةُ، وَقَعَ الطَّلَاقُ، بِلَا خِلَافٍ عِنْدَنَا
Maksudnya: “Apabila seseorang menggantungkan talak dengan suatu syarat, lalu syarat itu berlaku, maka talak jatuh. Tiada khilaf dalam mazhab kami.”
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Jadikan Cerai & Rujuk Sebagai Konten – PU Syed [Video]
Berdasarkan Jumhur, Talak Jatuh Kerana Perkara Dilafazkan Suami (Taruhan) Benar-benar Terjadi – Dr Zukifli
Menurut Dr Zulkifli, berdasarkan pandangan jumhur, apa yang dilafazkan suami itu benar-benar berlaku, iaitu Argentina kalah. Maka talak tersebut jatuh mengikut pandangan majoriti ulama.
Dalam pada itu, bekas Menteri Agama itu turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa menjaga pertuturan kerana setiap yang keluar daripada mulut mampu mengubah nasib kehidupan seseorang.
“Kerana itu, seorang mukmin hendaklah sentiasa menjaga lisannya. Ada kalanya satu lafaz hanya mengambil beberapa saat untuk diucapkan atau hanya bergurau, tetapi kesannya boleh mengubah seluruh kehidupan.”
Rujuk Mahkamah Syariah Atau Pejabat Agama – Dr Zulkifli
Dalam masa sama, beliau juga menasihatkan pasangan yang berdepan situasi seperti ini supaya segera merujuk ke Mahkamah Syariah atau pejabat agama bagi mendapatkan pengesahan dan penyelesaian mengikut hukum syarak serta undang-undang yang berkuat kuasa.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Suami Orang Tapi Mengaku Bujang Depan Wanita Lain, Boleh Jatuh Talak Atau Tidak? Ini Penjelasan UAI [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kes Influencer Cerai Ketika Live Boleh Jadi Talak 3 – Peguam Syarie
Baca Artikel Berkaitan: Suami Cerai Isteri Talak 3 Hanya Kerana Tidur Meleleh Air Liur

