Tular Tadika Islamik Swasta Terkenal Bayar Hutang Caruman KWSP Jumlah ‘Ciput’ – “8 Tahun Berkhidmat, Ribu Riban Belum Selesai”

LocalBusiness & Finance
11 Jun 2025 • 4:49 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kadang kala, perniagaan yang secara dasarnya terlihat gah, berjaya dan terkenal menyimpan rahsia atau kisah di sebaliknya.

Sebuah tadika islamik swasta terkenal didakwa membayar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan jumlah yang sangat sedikit.

Seorang wanita yang merupakan bekas staf telah berkongsi tangkap layar daripada aplikasi KWSP tentang pemakluman caruman daripada majikan.

Menerusi gambar tersebut, syarikat tadika swasta yang mempunyai banyak cawangan itu mencarum kurang daripada RM30 bagi setiap transaksi.

Buat kelakar apa mencarum sejemput macam ni? Sumpah tak kelakar tau. 8 tahun berkhidmat beribu riban hutang belum selesai.

image is not available

image is not available

image is not available

Difahamkan, wanita ini sudah lama berhenti daripada tadika berkenaan dan kini berkhidmat di sekolah swasta sejak dua tahun lalu.

Tadika berkenaan dipercayai berhutang caruman KWSP kepadanya dan membuat bayaran secara bulanan, namun dia tidak mendedahkan jumlah keseluruhan.

Menerusi Threads, ramai yang bekas staf berkongsi pengalaman sama ditindas oleh tadika berkenaan meskipun sebelum ini pernah tular kerana isu yang sama.

image is not available

image is not availableimage is not available image is not available image is not available image is not available

Tadika islamik swasta berkenaan terkenal dengan pembelajaran montesorri dan ramai selebriti dikatakan turut menghantar anak-anak mereka belajar di tadika terbabit.

image is not available 1 year ago

Tadika Islamik Swasta Terkenal Didakwa Tidak Bayar Caruman KWSP Guru Bertahun-Tahun - “Bos Besar Dia Terlibat Dengan Quantum Metal”

View Original Article