Tular tunggang motosikal aksi bahaya, dua pelajar dicekup

27 Jan 2023 • 6:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular di media sosial memaparkan gelagat dua remaja lelaki berkenaan 'beraksi' di jalan raya.

KOTA TINGGI - Gelagat dua pelajar sekolah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi dekat sini sehingga tular membawa padah apabila ditahan polis pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, tangkapan dibuat dengan kerjasama anggota dari Balai Polis Gugusan Adela pada jam 6 petang.

"Siasatan mendapati kedua-dua remaja itu berusia 17 tahun, salah seorangnya memiliki lesen manakala seorang lagi tiada lesen.

"Penahanan dua remaja itu dilakukan selepas anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah mengesan satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial milik seorang pengguna jalan raya memaparkan gelagat dua remaja lelaki berkenaan 'beraksi' di jalan raya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Hussin berkata, kedua-dua remaja berkenaan ditahan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved