Tular video bekas KP Jabatan kerajaan merayu dengan ‘Wahab’ untuk buat hubungan songsang

17 Nov 2023 • 11:27 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Satu klip video tular merakamkan seorang lelaki persis wajah seorang bekas Ketua Pengarah di sebuah jabatan kerajaan merayu untuk melakukan hubungan sejenis.

Menerusi video tersebut, lelaki itu membuat panggilan video dengan seorang individu yang dikenali sebagai Wahab. Dalam perbualan itu, dia merayu untuk mengadakan hubungan terlarang.

Klip video yang tersebar itu bagaimanapun dikecam ramai dan menyifatkan tindakan tersebut sangat memalukan lebih-lebih lagi individu berkenaan merupakan penjawat awam.

Namun begitu, difahamkan lelaki itu sedang menghabiskan cuti sehingga tamat tempoh perkhidmatan mengikut tarikh diberikan.

Susulan penularan video berkenaan, ramai pihak yang membuat pelbagai spekulasi.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal melalui hantaran di Twitter secara sinis seolah mengecam individu berkenaan.

“Spesis ‘full blown homesexsual’ macam bos dia juga. Macam mana Malaysia nak dapat keberkatan bila kaum Sodom yang uruskan,” tulisnya.

Sumber: Malaysia Gazette, Twitter