Tular Video Bergaduh Di Padungan, Polis Terima 2 Laporan

31 Aug 2024 • 3:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sebelum ini tular video pergaduhan di Padungan

Tular Video Bergaduh Di Padungan, Polis Terima 2 Laporan. Dilaporkan bahawa pihak berkuasa mengesahkan telah menerima dua laporan berkenaan kes pergaduhan di tepi jalan bulatan Padungan, Kuching pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdulah, pihak beliau menerima dua laporan terbabit yang dibuat di Balai Polis Sekama, Kuching pada jam 2.53 petang.

image is not available
Tular Video Bergaduh Di Padungan, Polis Terima 2 Laporan

Siasatan telah dijalankan

Jelas beliau, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching telah berjumpa dan menjalankan siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut.

Beliau berkata daripada siasatan lanjut mendapati laporan tersebut berkait dengan satu video tular berdurasi 43 saat dari laman sosial media.

Video berkenaan adalah berhubung kejadian pergaduhan yang melibatkan dua lelaki tempatan di Jalan Padungan pada 30 Ogos lalu pada jam lebih kurang 2.10 petang.

Tambahnya lagi, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh dua atau lebih menganggu ketenteraman awam dengan bergaduh ditempat awam).

image is not available

Hukuman penjara selama 6 bulan atau denda

Seksyen berkenaan, dikatakan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga enam bulan atau denda yang boleh sampai RM1,000 atau kedua-duanya.

Dalam masa yang sama, Farhan berkata, pihaknya berharap orang ramai boleh memberi kerjasama untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan kejadian berkenaan.

Menurutnya, orang ramai boleh berhubung dengan Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau mana-mana balai polis yang berada di kawasan berhampiran.

Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Delvin Goh a/k Dzul di talian 014-9080039, tambahnya lagi.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: