Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ipan berkongsi video menunjukkan seekor buaya yang menaiki kawasan darat di Pantai Tanjung Gemok di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Menerusi video dikongsi, kelihatan buaya dipercayai sepanjang tiga meter itu sedang makan sesuatu, disyaki seekor anjing.
Perkara itu dimaklumkan seorang pemancing, Mohd. Shahrizan Abd. Wahab, 39.
Pertama Kali Lihat Buaya Di Pantai Tanjung Gemok, PD – Pemancing
Menurutnya, sepanjang 13 tahun bergelar kaki pancing, itu adalah kali pertama dia melihat buaya di kawasan darat.
“Saya memang terkejut. Sebelum ini saya hanya pernah nampak buaya di tengah laut. Bila nampak video itu, saya terus fikir soal keselamatan dan akan menjauhkan diri jika terserempak dengan reptilia tersebut.
“Saya dapat video dari adik-beradik saya kerana mereka bimbang dengan keselamatan saya yang suka memancing di laut,” katanya.
Pengunjung Pantai Terserempak Dengan Buaya Jam 11.45 Malam
Jelas pengguna Threads, Ipan, kelibat buaya itu disedari oleh seorang wanita yang sedang duduk di kawasan pantai.
“Seekor lagi buaya naik waktu malam dekat PD. Ada auntie tu tengah duduk tepi pantai baru dia perasan. Sebab gelap, menakutkan,” kata Ipan di ruangan kapsyen.
Penemuan buaya yang mengejutkan itu sememangnya mengundang bahaya memandangkan ia berada berdekatan port orang ramai memancing.
Difahamkan video tersebut dirakam jam 11.45 malam tadi (6 Julai).
View on Threads
Buaya Sudah Kembali Ke Laut
Bagaimanapun Ipan menerusi satu lagi hantaran video menunjukkan Sang Bedal itu telah masuk ke dalam laut. Kelihatan buaya berkenaan sedang berenang di perairan berhampiran pantai.
View on Threads
Perhilitan Jalankan Siasatan Berhubung Video Buaya Tular
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima rakaman video berhubung kemunculan buaya itu dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan.
Pun begitu, tiada sebarang info sama ada buaya tersebut adalah buaya air masin atau buaya air tawar.
Kes Penampakan Sang Bedal & Individu Cedera Akibat Dibaham Buaya di Port Dickson
Kalau nak tahu, sebenarnya sudah banyak kes di mana penduduk dan pengunjung melihat kelibat buaya di pantai-pantai dan perairan sekitar Port Dickson.
Sebelum ini, kecoh tentang penampakan buaya di Pantai Cermin, Port Dickson.
Pada 25 Mei lalu pula, seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun dilaporkan cedera pada kedua-dua kaki dan paha selepas dibaham buaya ketika menjala udang di Sungai Linggi, Kampung Tanjung Agas.
Bimbang Keselamatan Pengunjung Pantai
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai, meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan para pemancing, pemgunjung dan penduduk di sana.
“Dah la PD tu memang port selalu camping. Memang tak pergi dah lepas ni,” kata seorang wanita.
“Kadang-kadang risau dengan orang yang suka turun cari ketam malam-malam tu (di pantai Port Dickson). Lepak-lepak tepi tu, lagi-lagi port sunyi,” ujar seorang lagi warganet.
Kita Orang Sini Pun Tak Mandi Laut Di PD – Penduduk
Sementara itu, ada yang berkata penduduk di Port Dickson sudah tidak mandi di laut kerana selalu nampak kelibat buaya.
“Kita orang PD pun tak datang mandi dekat pantai sebab dah lama tahu ada buaya. Bila bagi tahu orang luar yang datang, semua tak percaya ada buaya,” kata seorang pengguna Threads.
“Tahun lepas pernah komen (di media sosial) bagi tahu PD ada buaya sebab nampak tapi tak rakam. Kena kecam dengan netizen. Ha ni bukti,” tambah seorang lelaki.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Tular Video Buaya Di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, Perhilitan Kini Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/buaya-di-Pantai-Tanjung-Gemok-705x1024.jpg)
![Image from: Tular Video Buaya Di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, Perhilitan Kini Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/buaya-di-Pantai-Tanjung-Gemok-2-782x1024.jpg)
![Image from: Tular Video Buaya Di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, Perhilitan Kini Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/buaya-di-Pantai-Tanjung-Gemok-3-693x1024.jpg)
![Image from: Tular Video Buaya Di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, Perhilitan Kini Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/buaya-di-Pantai-Tanjung-Gemok-4-1024x788.jpg)
![Image from: Tular Video Buaya Di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, Perhilitan Kini Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/buaya-di-Pantai-Tanjung-Gemok-5-1024x941.jpg)
![Image from: Tular Video Buaya Di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, Perhilitan Kini Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/buaya-di-Pantai-Tanjung-Gemok-6-1024x841.jpg)
![Image from: Tular Video Buaya Di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, Perhilitan Kini Jalankan Siasatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/buaya-di-Pantai-Tanjung-Gemok-7-1024x696.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kelibat Buaya di Sungai Batu Pahat Kelihatan Selepas 30 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Taman Tasik Seksyen 7 Di Shah Alam Ditutup Untuk Operasi Tangkap Buaya
Baca Artikel Berkaitan: TMJ Kongsi Video Jumpa Buaya Dalam Lautan Ketika Berenang Depan Istana Bersama Keluarga

