Tular video dakwa pelanggan tampar staf PUSPAKOM sebab gagal pemeriksaan lori

LocalPolitics
16 Jan 2025 • 10:14 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular di media sosial video memaparkan seorang pelanggan tampar staf PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) atas dakwaan lorinya digagalkan kerana tidak mencapai spesifikasi standard.

Menerusi satu hantaran X, AzazelLazza telah memuat naik satu video memaparkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Puspakom di Johor Bahru.

Pelanggan tampar staf PUSPAKOM

image is not available

Pada video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai merupakan pelanggan di PUSPAKOM itu sedang memanggil salah seorang staf di lokasi tersebut.

Sebaik staf tersebut mendekatinya, pelanggan itu menghulurkan sekeping kertas kepadanya sebelum menampar staf berkenaan dengan kuat.

Staf tersebut bagaimanapun seakan-akan terpegun dengan tamparan tersebut dan hanya mampu melihat pelanggan tersebut yang kemudian merampas semula kertas yang dia hulurkan tadi.

image is not available

Mereka kemudian didekati dua staf lain yang melihat isu yang sedang dihadapi oleh pelanggan tersebut yang masih kelihatan berang dengan staf asal sebelum rakaman dihentikan.

Menurut kapsyen dari hantaran itu, pelanggan tersebut didakwa menampar staf PUSPAKOM itu kerana telah menggagalkan lorinya.

“Kes di Johor Bahru, staf PUSPAKOM kena lempang dengan pelanggan. Katanay punca lempang sebab staf PUSPAKOM gagalkan pemeriksaan lori pelanggan yang tak mencapai spesifikasi standard.

“Kesian PUSPAKOM, diancam dengan kekerasan. Bila jadi apa-apa kat jalan raya dikecam netizen,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa berang terhadap pelanggan tersebut disamping turut meluahkan rasa kasihan kepada staf PUSPAKOM.

Pelanggan tampar staf PUSPAKOM, pekerja tu cuma buat kerja!

image is not available

Buat kerja betul2 kena ugut

image is not available

Bila buat benda betul, kena tampar…

image is not available

Staf tu bukan gagalkan suka2

image is not available

Kesiannya…

image is not available

Bagaimanapun, menerusi tinjauan, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dari mana-mana pihak termasuk PUSPAKOM Johor Bahru atau pihak berkuasa.

Sumber: X AzazelLazza