Tular video kutuk ustazah? Netizen pertikai sikap Kak KM

LocalEntertainment
2 Jan 2026 • 11:37 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang pengguna aplikasi Threads memuat naik sebuah video tangkapan skrin memaparkan usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM didakwa mengutuk golongan pendakwah wanita.

Tular video kutuk ustazah?

Menerusi akaun @notttmee0_, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu didakwa menyuarakan pandangannya secara terus mengenai golongan ustazah.

“Sama lah dengan ustazah-ustazah tu. Ustazah apa pun, kau jangan percaya apa dia cakap. Apa yang dia nak berdakwah, sebenarnya banyaknya nak cakap-cakap pasal orang je,” katanya dalam tangkapan skrin berdurasi 15 saat itu.

image is not available

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan konteks sebenar kenyataannya sehingga video berkenaan tular di aplikasi Threads sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.

Artikel lain: Kak KM sertai solidariti, netizen dakwa bangga tayang beg tangan jenama boikot?

Rata-rata netizen menyuarakan rasa kecewa dan mempertikaikan sikap Kak KM yang sanggup berkata demikian, seolah-olah kurang peka terhadap sensitiviti agama.

image is not available

Foto arkib: Harian Metro

Jangan sampai tak hormat agamawan

image is not available

Minta maaf pada ustazah

image is not available

Minta beringat sikit

image is not available

Selain itu, terdapat juga netizen lain membuat andaian bahawa kenyataan Kak KM itu hanya ditujukan buat segelintir pendakwah yang tidak selari dengan ucapan atau ajaran disampaikan.

Faham je maksud Kak KM

image is not available

Betul juga apa dia cakap

image is not available

Dia kecewa dengan orang agama?

image is not available

Terdahulu, Kak KM menarik perhatian ramai apabila dilaporkan menghadiahkan Ustazah Asni Mansor sebentuk cincin emas sempena ulang tahun kelahiran pendakwah selebriti itu.

Setakat ini, tiada penjelasan daripada usahawan tersebut berhubung kenyataan itu. Boleh jadi video suntingan AI?

Sumber: Threads @notttmee0_