Tular Video Lelaki Warga Asing Selamba Raba Pelajar Perempuan Di Pasaraya

7 Oct 2023 • 3:23 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelakinwarga asing selamba meraba seorang pelajar perempuan di sebuah pasaraya di Sungai Buloh. 

Menurut laporan Kosmo, kejadian yang berlaku pada 18 September lalu itu dirakam menerusi video televisyen litar tertutup (CCTV) pasaraya berkenaan.

Kalau korang tengok video itu, selepas suspek meraba pelajar itu dia terus berpura-pura seolah ingin ambil barang di rak. 

Tak berdiam diri, mangsa terus memberitahu seorang wanitabyang dipercayai merupakan salah seorang ahli keluarganya.

Keluarga mangsa telah membuat laporan polis pada jam 6 petang hari kejadian dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar.

Kita telah terima laporan mengenai kejadian dan suspek yang merupakan warga asing itu juga telah ditahan sejurus selepas kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak (AKSK) 2017.

suspek berusia 31 tahun itu telah dituduh di Mahkamah Klang pada 27 September lalu mengikut Seksyen 14(a) AKSK 2017.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved