Tular Video Majikan ‘Belasah’ Pekerja Wanita Di MJC, Suspek Kini Dalam Tahanan Polis

25 Sep 2023 • 8:18 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki tampar, tumbuk wanita asing ditahan

Tular Video Majikan ‘Belasah’ Pekerja Wanita Di MJC, Suspek Kini Dalam Tahanan Polis. Seorang wanita warga asing yang dipaksa minum serta ditampar dan ditumbuk di sebuah kedai makan di MJC Jalan Batu Kawa dilaporkan berada dalam stabil.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata mangsa telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar.

image is not available
Tular Video Majikan ‘Belasah’ Pekerja Wanita Di MJC, Suspek Kini Dalam Tahanan Polis. Kredit: Dayak Daily

Katanya, mangsa juga telah dirujuk kepada Konsulat Indonesia di Kuching sementara siasatan polis dijalankan.

“Selain itu, suspek utama iaitu lelaki tempatan berusia 24 tahun juga telah berjaya dikesan,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

Jelasnya, siasatan lanjut kes dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara dan didenda.

“Saksi-saksi kejadian juga telah dipanggil untuk memberikan keterangan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Padawan,” kata Lim.

image is not available

Tambahnya, kes tersebut juga didapati tiada elemen gangsterisme.

Sebarang maklumat berhubung kejadian boleh disalurkan terus kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

“Justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi negatif yang dikhuatiri menganggu siasatan polis,” ujar Lim.

Baca lagi artikel menarik: