Tular Video Pelajar Lelaki Dibelasah Secara Berkumpulan Buat Ramai Rasa Geram

12 May 2023 • 10:32 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Gejala buli sememangnya tidak asing lagi di negara Malaysia, bahkan sehingga hari ini ia masih lagi berlaku seakan tiada kesedaran tentang bahayanya terhadap fizikal dan mental mangsa yang dibuli.

Lebih menyedihkan, perkara tersebut tidak hanya berlaku di kalangan golongan dewasa, malah lebih serius di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

Tular kejadian buli berkumpulan pelajar sekolah menengah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan kejadian buli oleh sekumpulan pelajar di sebuah sekolah menengah.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram @_maisarahmazlan, kelihatan beberapa orang pelajar lelaki memukul seorang pelajar yang lain.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur.

“Bukan sekali, kau dengar tak?” kata salah seorang pelajar sambil menumbuk dan memijak muka mangsa berkali-kali pada bahagian kepala.

Beberapa orang pelajar lain turut memukul mangsa

Pada video yang sama, kelihatan juga beberapa orang pelajar lain yang dilihat turut mengambil kesempatan dengan menyerang mangsa secara beramai-ramai.

Video tular tersebut telah mendapat lebih lapan ribu komen yang mana rata-rata pengguna Instagram tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut.

Pengecut! hanya berani bila ramai

Malah, mereka turut menyifatkan perbuatan kumpulan pelajar itu sebagai ‘pengecut’ kerana hanya berani memukul mangsa secara beramai-ramai.

Dalam pada itu, penyanyi rap Caprice juga dilihat memberi komen dengan bertanya di mana kejadian ini berlaku.

Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat tambahan atau kenyataan media daripada pihak polis yang kami terima.

image is not available

image is not available

image is not available