Tular Video Pergaduhan Dalam Kedai Serbaneka Di Pulau Pinang, 2 Lelaki Ditahan Polis

7 Jun 2024 • 3:46 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Sebelum ini, tular satu video memaparkan dua lelaki sedang bergaduh di sebuah premis kedai serbaneka di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Menerusi video tular berkenaan, awalnya kelihatan dua lelaki sedang berbalah dengan penjual di kedai berkenaan.

Perbalahan antara mereka kemudiannya berakhir dengan aksi tumbuk-menumbuk di antara penjual dan juga salah seorang daripada lelaki berkenaan.

Malah pergaduhan itu dilihat berlarutan sehingga ke luar premis.

Polis tahan 2 lelaki yang tular sedang bergaduh di premis kedai serbaneka

Terbaharu, polis memaklumkan telah menahan dua lelaki yang berusia sekitar 30-an dan 40-an untuk membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Helmi Aris insiden tersebut berlaku pada 3 Jun lalu sekitar jam 11.50 malam.

“Ketika insiden, penjual di premis berkenaan telah dikunjungi dua lelaki. Salah seorang darinya meminta alkohol dari penjual.

“Satu salah faham telah berlaku, sehingga menyebabkan berlakunya pergaduhan antara mereka berdua. Salah seorang daripada individu berkenaan telah menggunakan topi keledar dan memukul belakang penjual berkenaan ketika berada di luar premis,” ujar beliau, lapor Free Malaysia Today.

Salah seorang dari 2 individu alami kecederaan

Katanya lagi, salah seorang daripada dua individu itu mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan seorang lagi tidak cedera.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.”

Source: