Tular video puji pendakwah berlebihan, Jakim digesa ambil tindakan

LocalPolitics
10 Oct 2024 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video viral seakan ‘memuji’ dengan mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab kepada seorang pendakwah di Facebook. Gambar kecil: Mohd Na’im

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah dan sekumpulan pelajar dalam sebuah majlis yang mengalunkan pujian tertentu dalam bahasa Arab.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya telah meminta Jakim untuk menyediakan laporan serta membawa perkara ini kepada tindakan pihak berkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah.

“Sebarang isu berkaitan ketaasuban melampau perlu ditangani dengan segera.

“Sekiranya tidak dibendung ia boleh mengakibatkan masyarakat terjerumus kepada amalan yang bercanggah dengan akidah,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, tular video yang dipercayai bercanggah dengan akidah itu berdurasi selama 1.02 minit dan dikongsi di Facebook serta mendapat banyak reaksi daripada masyarakat.

Dalam video berkenaan kelihatan beberapa individu dalam video tersebut seakan ‘memuji’ dengan mengalunkan bait tertentu dalam bahasa Arab kepada seorang pendakwah yang turut serta dalam majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata, agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan khususnya Jakim, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) diminta melipatgandakan usaha dalam memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai asas akidah berteraskan Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved