Tular wanita hantar makanan gendong anak OKU jentik hati warga maya, Ebit Lew hadiahkan kereta

3 Nov 2022 • 9:29 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

KISAH wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan sambil menggendong anak OKU penglihatan tular sehingga mendapat perhatian penceramah dan aktivis masyarakat Ebit Lew.

Setiap manusia diuji dengan pelbagai masalah hidup. Namun adakalanya musibah yang berlaku kepada orang lain adalah ujian buat kita.

Wanita cekal, Azimah Rahim, ibu kepada cahaya mata yang mengalami masalah penglihatan, Zahirah, 6, menunggang motosikal untuk menghantar makanan sebagai mata pencariannya.

image is not available

Kisahnya Azimah tular baru-baru ini selepas warga maya menyatakan kebimbangan terhadap anak kecil itu dibawa ibunya menggunakan penggendong sambil menunggang motosikal.

Azimah yang ditemui Ebit Lew menerima hadiah sebuah Produa Viva.

“Menangis kakak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan katanya, YA ALLAH anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.

“Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya,” titip Ebit.

image is not available

Sebelum ini wanita itu telah menerima tajaan rumah sewa daripada Ebit. Tidak sekadar itu, pihaknya cuba mencarikan pengasuh buat Zahirah namun tidak berjaya.

“Syukur pada ALLAH, 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah kakak ini dan anak kecilnya sehingga kini.

“Kami cuba bantu mendapatkan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu dengan orang lain. Beberapa pengasuh tidak dapat menjaganya kerana beliau memerlukan perhatian 24 jam oleh ibunya,” titip Ebit.

image is not available

Menurutnya kenderaan itu diberikan bagi memudahkan pergerakan Azimah mencari rezeki.

“Kami hadiahkan sebuah kereta supaya kakak ini (Azimah) boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta.

“Kadang-kadang beliau mengambil tempahan mi kari dan laksa. Beliau pandai masak juga. YA ALLAH semoga kakak ini bersama anak kecilnya diberi kekuatan,” katanya.

Januari lalu, SinarPlus melaporkan Azimah menerima sebuah rumah sewa daripada Ebit berserta kelengkapan kediaman seperti perabot, perkakas elektrik dan pakaian.

Warga maya menitipkan doa agar Azimah dan permata hatinya itu dan mengucapkan terima kasih buat Ebit Lew yang prihatin serta pantas menghulurkan bantuan.

-“Terima kasih Ebit Lew, moga terus kuat untuk membantu mereka yang memerlukan, dalam hidup kita di dunia ini, kita kena banyak bergaul, berkawan dengan orang susah supaya kita lebih bersyukur dengan apa yang kita miliki pada hari ini. Moga Azimah juga terus kuat untuk cari rezeki untuk sara keluarga.”

-“Masya-ALLAH seperti biasa Ebit terpantas membantu, moga jadi asbab kebaikan hidayah seluruh alam.”

-“Terima kasih UEL Alhamdulillah laju bantuan diberikan. Baru tengok tadi ditularkan fasal kakak ini.”

-“Berderai air mataku.”

-“Alhamdulillah, terima kasih ustaz.”

Sumber: Instagram @ebitlew

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi