Tulis Mesej Istimewa, Netizen ‘Cair’ Lihat Kim Woobin Beri Kejutan Buat Kekasih, Shin Minah

23 Mar 2024 • 3:14 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bila tengok hubungan kukuh antara Kim Woo-bin dan Shin Min-ah, pasti ramai pun yang turut tumpang bahagia!

Terbaru pada 22 Mac, Kim Woo-bin telah menghantar trak kopi ke set penggambaran drama baru Shin Min-ah berjudul “Karma”.

Menerusi foto yang dikongsi, trak makanan itu dihiasi dengan banyak bunga ros merah jambu cantik, dengan pelbagai foto wanita itu.

Selain itu di bahagian sepanduk, Kim Woo-bin turut meninggalkan mesej buat kekasihnya itu,

Semua kakitangan dan ahli pelakon ‘Karma’ sila mempunyai kekuatan! Saya menyokong anda sepenuhnya! (Terutamanya, saya sangat menyokong Shin Min-ah). Dari Kim Woo-bin.

image is not available

Sebelum ini, Shin Min-ah juga setia memberi sokongan buat teman lelakinya itu dengan menghantar trak kopi ke set filemnya “Officer Black Belt”.

Komen netizen,

Mereka adalah pasangan kegemaran saya.

 

Saya harap mereka akan kekal lama.

 

Mereka terus menunjukkan sokongan antara satu sama lain. Comel sangat.

 

Saya suka pasangan ini.

Semoga kekal bahagia selamanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.