Penyakit yang dihidapi bukan menjadi penghalang buat Aliff Rizqie untuk terus kekal bersemangat, meskipun dia kini disahkan menghidap kanser tahap akhir.
Lebih mengharukan, lelaki itu tetap cekal menulis mushaf Al-Quran walaupun bergelut dengan kesakitan setiap hari.
Aliff juga menghidap penyakit myasthenia gravis dan bergantung kepada tiub pemakanan ryle’s tube feeding.
“Saya nak siapkan sebelum saya pergi. Kalau tak sempat, saya akan sambung sana,” tulisnya.
untuk bidadari saya #fyp #brainkanser #rylestubefeeding #pejuangkanker #myastheniagravisfighter #rylestubefeeding #cancerfighter
Menerusi satu video yang dikongsikan di media sosial, Aliff memaklumkan bahawa jika dia sukar tidur akibat serangan kanser, dia akan menulis mushaf Al-Quran sebagai satu cara melupakan kesakitan yang dialami.
“Saya tak dapat tidur, kanser saya menyerang. Untuk lupakan kesakitan, saya tulis Al-Quran biar saya lupa dengan kesakitan saya,” katanya.
saya kuat ,doakn sy #fyp #brainkanser #pejuangkanker #myastheniagravisfighter #rylestubefeeding #cancerfighter
Di platform TikTok, Aliff turut berkongsi detik pertemuannya bersama pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang hadir memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Ruangan komen dibanjiri doa dan kata-kata semangat daripada netizen, yang turut mendoakan agar Aliff terus kuat melawan penyakit yang dihidapinya.
The post Tulis Mushaf Al-Quran dalam derita kanser, semangat Aliff Rizqie undang sebak netizen appeared first on The Reporter.


