
Tular di TikTok rakaman video memaparkan seorang warga emas duduk di tepi pusara anak yang sedang dikebumikan.
Warga emas itu dilihat berkhidmat buat kali terakhir untuk anak lelakinya iaitu menulis sendiri nama arwah di papan tanda kubur.
Lebih menyedihkan apabila lelaki tua itu menulis dengan penuh cermat dan menatap tulisan sambil mengalirkan air mata.
Di ruangan komen, orang ramai berkongsi momen sedih yang dialami bapa mereka apabila kehilangan anak tersayang.





Kredit: TikTok @nealea95



