Tulis Surat Terbuka Buat Khairul Aming, Ketua Pemuda PAS Dikritik Mahu ‘Tumpang’ Popular

18 May 2023 • 4:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Baru-baru ini kita telah dengar mengenai kumpulan penyanyi antarabangsa, Coldplay bakal melangsungkan konsert mereka di Kuala Lumpur. Tiket konsert itu menjadi rebutan ramai termasuk influencer, Khairul Aming yang berjaya mendapat tempat di Stadium Bukit Jalil pada hujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, kegembiraan pempengaruh itu tidak lama apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed memberi surat terbuka menegur tindakannya.

Surat buat Khairul

image is not available

Menurut posting yang dimuat naik di Facebook, Mohamad menegur tindakan Khairul Aming yang seolah-olah mengajak orang ramai untuk menerima budaya songsang yang dipromosikan oleh kumpulan Coldplay.

Alang kepalang kesedihan, terguris hati saya apabila membaca posting twitter saudara yang bersungguh menempah tiket.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan Ketua Pemuda PAS tersebut yang dianggap mahu ‘menumpang’ populariti semasa dan tidak mengambil peduli masalah sebenar rakyat.

image is not available

Hm, apa pendapat korang?

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media