Tumblr Menamatkan Ciri Langganan Post+

TechnologyDigital
28 Nov 2023 • 4:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Dua tahun lepas, Tumblr telah memperkenalkan ciri langganan berbayar Post+. Ia adalah untuk pencipta kandungan mengunci kandungan yang diterbit dan memerlukan pengikut mereka membayar sama ada $3.99, $5.99 atau $9.99 sebulan. Terbaru, Matt Mullenweg selaku CEO Automattic iaitu ibu syarikat kepada Tumblr memaklumkan yang ciri Post+ akan ditamatkan.

image is not available

Antara sebab utama ciri ini dihentikan adalah ia tidak menerima sambutan yang mereka sasarkan selain terdapat penyalahgunaan ciri ini untuk berkongsi kandungan haram sehingga pencipta kandungan menerima ugutan yang mengancam nyawa. Kandungan pada Post+ akan masih boleh diakses sehingga Januari 2024 sebelum ia dikunci menjadi kandungan peribadi. Pengguna yang membayar langganan turut tidak akan dicaj lagi selepas ini.

Mullenweg turut menyatakan yang Tumblr yang ciri langganan bebas iklan dan Blaze iaitu ciri membenarkan pencipta kandungan membayar untuk kandungan mereka dicapai lebih ramai orang akan dikekalkan. Tetapi ciri ini tidak mampu untuk menanggung kos operasi Tumblr yang memerlukan lebih 1000 pelayan serta membayar gaji pekerja kerana pendapatan yang tidak mencukupi.

image is not available

Menjelang tahun 2024 nanti, Tumblr akan mengedarkan kemas kini baharu bagi menambah baik pengalaman penggunaan platform media sosial ini. Antara yang dirancang adalah ciri kandungan siaran langsung dan beberapa lagi. Apa kata anda mengenai Tumblr? Adakah anda masih menggunakannya atau kini kekal setia pada X atau platform media sosial di bawah Meta sahaja?

View Original Article