Tumblr TV Dilancarkan Kepada Umum – Pesaing Baharu TikTok?

TechnologyDigital
23 Jan 2025 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum pandemik, syarikat di sebalik WordPress iaitu Automattic telah mengambil alih Tumblr. Sehingga hari ini pelbagai perubahan telah dilakukan seperti rekaan web seakan X, platform yang dikuasakan WordPress, dan terbaru mereka memperkenalkan ciri yang mungkin berpotensi bersaing dengan TikTok iaitu Tumblr TV.

image is not available

Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF. Ia secara perlahan menyokong kandungan video dan selepas sekian lama dijadikan projek di bawah Tumblr Labs – Tumblr TV kini boleh diakses oleh semua.

image is not available

Penggunaan yang lebih kurang sama, di mana pengguna boleh tatal ke atas dan ke bawah untuk menukar kandungan. Kemudian apabila tatal ke kiri, kandungan terpilih akan ada paparan GIF pula. Untuk komen, terdapat ciri yang digelar Notes yang menggabungkan jumlah kandungan dikongsi semula serta komen pengguna lain.

Jika TikTok Refugees boleh pergi ke RedNote, mana tahu Tumblr TV ada harapan untuk kembali aktif dan rancak seperti 10 tahun lepas? Apa kata anda?