Tumbuk Muka Bekas Isteri Sampai Cacat Kekal, Hafidz Bakal Didakwa Isnin Nanti

10 Mar 2023 • 5:53 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Pelakon lelaki yang disyaki menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Sungai Buloh akan dituduh di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, Isnin hadapan.

image is not available

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pelakon berusia 29 tahun itu akan dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

image is not available

“Kertas siasatan telah lengkap dan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Selasa lalu.

“Polis telah menerima maklum balas dan arahan TPR untuk menuduh lelaki terbabit di Mahkamah Kuala Kubu Bharu pada Isnin (13 Mac),” katanya kepada Kosmo! hari ini.