Tumpahan Minyak Di Jalan Menyebabkan Penunggang Motosikal Kemalangan Maut Di Bau

25 May 2024 • 5:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kemalangan dipercayai akibat tumpahan minyak

Tumpahan Minyak Di Jalan Menyebabkan Penunggang Motosikal Kemalangan Maut Di Bau. Dilaporkan seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu kereta cedera selepas terlibat dalam kemalangan dipercayai akibat tumpahan minyak di Jalan Kampung Stass, Skibang pada hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihak mereka telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.15 pagi pada hari ini.

image is not available
Tumpahan Minyak Di Jalan Menyebabkan Penunggang Motosikal Kemalangan Maut Di Bau. Gambar sekadar hiasan

Mangsa berusia 54 tahun disahkan meninggal dunia

Dalam kemalangan tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Dratin Kipa berusia 54 tahun tercampak ke dalam parit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

Manakala pemandu kereta jenis Proton Wira dikejarkan ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved