Tumpas Kepada Ecuador, Qatar Jadi Tuan Rumah Pertama Tewas Dalam Aksi Pembukaan Piala Dunia

21 Nov 2022 • 8:33 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Qatar terciduk pada aksi pertama

Tumpas Kepada Ecuador, Qatar Jadi Tuan Rumah Pertama Tewas Dalam Aksi Pembukaan Piala Dunia. Rekod tercipta apabila Qatar menjadi negara tuan rumah pertama Piala Dunia 2022 yang tewas dalam perlawanan pembukaannya apabila ia ditewaskan 2-0 oleh Ecuador awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Penyerang Ecuador, Enner Valencia telah membuka tirai selepas hanya tiga minit di hadapan penyokong di Stadium Al Bayt, namun tandukannya telah dinafikan kerana ofsaid.

Namun, Valencia tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringkan gol, kali ini menerusi sepakan penalti pada minit ke-16 selepas dia dijatuhkan dalam kotak penalti oleh penjaga gol Qatar, Saad Al Sheeb.

image is not available
Tumpas Kepada Ecuador, Qatar Jadi Tuan Rumah Pertama Tewas Dalam Aksi Pembukaan Piala Dunia

Valencia dominasi perlawanan pembukaan

Valencia kemudian menambah gol kedua untuk Ecuador dengan tandukan halus pada minit ke-30 untuk melengkapkan jaringan.

Qatar gagal mencatatkan sebarang jaringan sepanjang permainan berlangsung, dengan tandukan yang tersasar oleh penyerang Almoez Ali membuatkan Qatar tiada harapan untuk mengubah nasib mereka.

Persembahan yang mengecewakan itu juga mendorong sebilangan besar penyokong negara tuan rumah meninggalkan stadium pada selang waktu itu.

image is not available
Pemain Qatar meninggalkan padang selepas tewas kepada Ecuador. Kredit foto: AFP

Tuan rumah, yang kini berada di kedudukan ke-50 dalam ranking dunia FIFA, ketiga terendah daripada mana-mana pasukan di piala dunia, akan berdepan juara bertahan Piala Negara-Negara Afrika, Senegal pada 25 November.

Gagal mara ke pusingan 16 terakhir dan Qatar akan menjadi tuan rumah kedua dalam sejarah Piala Dunia yang pernah tersingkir di peringkat kumpulan kejohanan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved