
Tumpaskan PSM Makassar 5-2, KL City Mara Ke Semi Final Piala AFC Zon ASEAN
Kelab bola sepak Kuala Lumpur City sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya mara ke perlawanan separuh akhir Piala AFC Zon ASEAN selepas menewaskan PSM Makassar di Stadium Cheras sebentar tadi.
Skuad bimbingan Bojan Hodak itu tampil garang apabila berjaya menundukkan lawan dengan jariangan 5-2. KL City berjaya mendahuli perlawanan apabila pemain import, Romel menjaringkan gol pada minit 33 melalui rembatan canti half voley.
Menjelang minit-minit akhir masa tambahan separuh masa pertama, skuad ibu kota itu berjaya menggandakan kedudukan melalui jaringan Jordan Mintah pada minit ke-45. Kedudukan kekal 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
KL City terus melebarkan jaringan apabila Paulo menyumbang gol ketiga pada minit 52 melalui sepakan penalti. Bagaimanapun, aksi longgar yang ditampilkan KL City beberapa minit kemudian menyaksikan PSM berjaya merapatkan kedudukan 3-1 pada minit ke-59.
PSM Makassar kemudian berjaya mendapatkan gol kedua pada minit ke-63, sekaligus menyaksikan perlawanan menjadi bertambah rancak, dengan pasukan dari Indonesia itu dapat menghidu peluang untuk menciptakan kebangkitan.
Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila KL City berjaya menambah dua gol lagi pada minit ke-85, sekali lagi melalui Paulo dan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Hadin pada minit ke 95.
Tamat perlawanan, KL City berjaya menewaskan PSM Makassar 5-2 untuk mara ke separuh akhir. Perlawanan seterusnya pada 7 September depan, dimana KL City dijangkan bertemu dengan pasukan dari India, ATK Mohun Bagan. syabas KL City.

Syabas KL City.
Sumber: Harimau Malaya
The post Tumpaskan PSM Makassar 5-2, KL City Mara Ke Semi Final Piala AFC Zon ASEAN appeared first on Siakap Keli.
