Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di IJN

LocalPolitics
14 Apr 2025 • 7:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tun Abdullah Ahmad Badawi

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira jam 7.10 malam tadi.

Perkara itu dinyatakan sendiri menantunya, Khairy Jamaluddin menerusi hantaran di Insta Story sebentar tadi.

image is not available

Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia pada 7.10pm

Dalam hanataran tersebut, Khairy menyatakan yang Tun Abdullah atau biasa disapa Pak Lah telah pulang ke rahmatullah pada hari Isnin 14 April 2025.

“Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ke-5, telah kembali ke rahmatullah pada 7.10 pm di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur,” tulisnya.

 

image is not available

KJ kongsi maklumat pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi di IG

Dalam pada itu, beliau turut berdoa agar Allah S.W.T mencucuri roh allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Terdahulu, Khairy pernah mendedahkan bahawa Pak Lah telah menghidap penyakit dementia selepas bersara sebagai Perdana Menteri ke-5.

image is not available

Allahyarham telah mengetuai pentadbiran negara bermula pada 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009 iaitu sekitar 5 tahun 5 bulan.

Beliau mengambil alih jawatan tersebut susulan peletakkan jawatan Tun Mahathir Mohamad selepas mentadbir negara selama 22 tahun.

Sumber: Instagram khairykj