“Tun Abdullah Dikenang Sebagai Tokoh Yang Tenang & Berhemah..” – Abdul Hadi Awang

LocalPolitics
15 Apr 2025 • 10:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemergian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi itu satu kehilangan besar kepada negara terutama dalam sejarah kepimpinan tanah air.

Menerusi satu hantaran di Facebooknya, dia turut berkata Perdana Menteri kelima itu merupakan seorang tokoh yang tenang, berhemah dan membawa pendekatan kesederhanaan dalam pentadbirannya.

image is not available

Tun Abdullah dikenang sebagai seorang tokoh yang tenang, berhemah dan membawa pendekatan kesederhanaan dalam pentadbirannya.

 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, diampunkan segala dosanya, diterima segala amal solehnya dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman serta beramal soleh.

Abdullah yang lebih mesra dengan panggilan Pak Lah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Abdullah dilaporkan dimasukkan ke IJN Kuala Lumpur pagi semalam selepas mengalami sesak nafas.

image is not available 19 hours ago

(TAKZIAH) PM Ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia Di Usia 85 Tahun

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved