Tun Dr Mahathir Berehat Di IJN Kerana Keletihan

LocalHealth & Fitness
13 Jul 2025 • 4:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tun Dr Mahathir Berehat Di IJN Kerana Keletihan

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami keletihan awal pagi tadi.

Perkara berkenaan disahkan oleh pembantu beliau, Sufi Yusoff ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Dr Mahathir kini berada di bawah pemantauan di IJN kerana keletihan,” katanya.

Sufi berkata Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada Khamis lepas dijangka dibenarkan keluar pada lewat petang.

Pada padi tadi, bekas perdana menteri itu menghadiri acara “Picnic & Potluck” sempena meraikan ulang tahun kelahiran beliau serta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menyambut ulang tahun ke-99 semalam.

Menurut laporan media, Dr Mahathir turut meluangkan masa berbasikal mengelilingi Tasik Putrajaya pada acara berkenaan.

Sumber: BERNAMA