Tun Juhar puji komitmen, persediaan TH urus jemaah haji

LocalPolitics
11 Jun 2023 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin memuji komitmen serta persediaan dilakukan Tabung Haji (TH) dalam mengekalkan kualiti pengurusan dan perkhidmatan untuk jemaah haji negara termasuk dari negeri ini.

Tun Juhar berkata kerajaan negeri dan TH sentiasa mengambil berat tentang kebajikan jemaah haji menerusi penganjuran pelbagai kursus, selain turut menyediakan perkhidmatan serta kemudahan infrastruktur yang baik di tanah air dan sepanjang berada di Tanah Suci.

Beliau berkata jemaah haji juga tidak perlu bimbang dan hanya perlu mempunyai niat ikhlas untuk melaksanakan ibadah haji dengan sempurna serta memastikan semua nasihat dan arahan TH dipatuhi.

“Saya mengucapkan syabas kepada Tabung Haji serta agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam operasi haji tahun ini.

SPONSORED CONTENT Carlsberg Golf Classic 2023 Swings Back into Action: The Ultimate #NEXTGEN Golf Tournament Kuala Lumpur: – The Carlsberg Golf Classic (CGC) is back in June this year with the introduction of two digital golf legs to draw beginner golfers, who play off-course in indoor simulators, rebranding it as #NEXTGEN. Read more “Saya berharap Tabung Haji akan meneruskan usaha memantapkan sistem pengurusan haji agar sentiasa pada tahap cemerlang dan terus kekal menjadi contoh kepada negara Islam lain di seluruh dunia,” katanya berucap pada Majlis Pelepasan Jemaah Haji Sabah Musim Haji 1444H di sini, Sabtu.

Turut hadir, isteri beliau Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Seramai 142 jemaah haji yang merupakan kumpulan pertama jemaah haji dari Sabah, berlepas ke Kuala Lumpur petang tadi sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Suci malam ini.

Tun Juhar meminta jemaah haji untuk sentiasa menjaga akhlak dan menjauhi segala anasir tidak sihat yang boleh menjejaskan imej serta nama baik negeri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan Kerajaan Arab Saudi demi menjaga hubungan kedua-dua negara yang sudah lama terjalin.

Sementara itu, Mohd Na’im dalam ucapannya berkata seramai lebih 31,000 jemaah haji Malaysia telah terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini dengan 1,079 daripadanya jemaah dari Sabah.

Beliau turut mengingatkan jemaah haji untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri sepanjang berada di Tanah Suci, selain digalakkan keluar secara berkumpulan dan sentiasa memakai kad pengenalan diri yang dibekalkan TH demi menjaga keselamatan diri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.