
Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin pada Khamis dianugerahkan pangkat Laksamana Muda Maritim Kehormat.
Timbalan Ketua Pengarah Logistik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata penganugerahan itu merupakan yang pertama seumpanya untuk mana-mana Yang di-Pertua Negeri di negara ini.
“Maritim Malaysia melakar sejarah pada pagi ini (Khamis) apabila menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kehormat Tuan Yang Terutama Tun,” katanya kepada media di Istana Seri Kinabalu.
Menurut Saiful, penganugerahan pangkat kehormat itu sebagai penghargaan pihaknya kepada Tun Juhar serta kerajaan Negeri atas sokongan penuh dalam memastikan keselamatan perairan Sabah sentiasa terjamin.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Majlis pemakaian pangkat tersebut disempurnakan oleh Saiful diiringi oleh Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah.
Hadir menyaksikan majlis itu ialah Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dan pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia Sabah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

