Tun M Bakal Tubuh Gagasan Baharu Berteraskan Agenda Melayu, Islam

Politics
4 Aug 2022 • 7:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi bayangan mengenai penubuhan sebuah gagasan dalam usaha menyatupadukan semula kaum Melayu untuk berjuang mempertahan Malaysia - Gambar Fail

PUTRAJAYA - Satu gagasan baharu berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan.

Pada majlis solat hajat dan doa selamat di sini malam semalam, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberi bayangan mengenai penubuhan sebuah gagasan dalam usaha menyatupadukan semula kaum Melayu untuk berjuang mempertahan Malaysia.

“Ini merupakan suatu kumpulan Orang Melayu beragama Islam. Langkah ini perlu diambil jika ingin selamatkan negara kita, bangsa kita, agama kita,” katanya.

Turut hadir barisan pemimpin serta anggota Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

Presiden Putra Datuk Ibrahim Ali pula berkata Dr Mahathir dijangka mengumumkan penubuhan gagasan itu di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur esok.

Beliau berkata gagasan itu akan melibatkan beberapa parti politik Melayu dan badan bukan kerajaan (NGO). - Bernama