Tun M cipta sejarah hadir Muktamar PAS

Politics
20 Oct 2023 • 11:13 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

SHAH ALAM - Muktamar PAS ke-69 hari ini, mencatat sejarah apabila buat pertama kali ia dihadiri mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang tiba kira-kira jam 9.50 pagi hadir sebagai ‘tetamu terhormat’ yang disambut Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

image is not available
Kali terakhir parti itu mengadakan muktamar di Shah Alam adalah pada November 2013 di Stadium Malawati. - Gambar Alif Omar/Scoop, 20 Oktober, 2023

Kehadiran Mahathir diumumkan Pengarah Muktamar yang juga Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Muktamar tahunan kali ini dirasmikan Hadi di Ideal Convention Centre (IDCC).

Untuk rekod, Muktamar Tahunan PAS kembali diadakan di Shah Alam selepas 10 tahun.

Kali terakhir parti itu mengadakan muktamar di Shah Alam adalah pada November 2013 di Stadium Malawati. - 20 Oktober, 2023

The post Tun M cipta sejarah hadir Muktamar PAS appeared first on Scoop.