Tun M direkod keterangan hari ini

Politics
23 Jan 2024 • 11:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tun Dr Mahathir Mohamad

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan direkod keterangan dipercayai berkaitan kenyataannya baru-baru ini yang didakwa menyentuh sensitiviti perkauman di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Selasa.

Sumber berkata, bekas Perdana Menteri itu dijangka akan dirakam keterangan kira-kira jam 3 petang ini.

"Berdasarkan maklumat ringkas yang diterima, Tun Dr Mahathir akan dirakam keterangan hari ini (Selasa) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Selasa.

Dakwaan Dr Mahathir bahawa masyarakat India di negara ini tidak setia menerusi satu temu bual bicara baru-baru ini mengundang kecaman ramai.

Beliau mendakwa masyarakat India di negara ini masih terikat dengan negara asal mereka.

Kenyataan bekas Perdana Menteri itu kemudiannya ditempelak banyak pihak dan terdapat beberapa pihak yang bertindak membuat laporan polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved